ah, di dunia ini kedapatan dua golongan manusia.
yang melakukan kerosakan, dan kemudian menghilang begitu sahaja.
dan
yang melakukan kerosakan, dan cuba memulihkan keadaan
***
di dunia ini juga wujudnya dua golongan manusia
yang memaafkan tetapi tidak melupakan atau orang bisa panggil mereka sebagai bijaksana
dan
yang memaafkan serta melupakan dan mereka terkenal dengan panggilan naif
tapi
saya mahu percaya selama-lamanya bahawa setiap orang itu HARUS diberi peluang, kedua..ketiga..keepat..atau kelima dan seterusnya..tidak kira berapa banyak kali silapnya diulang..
kerna
kita ini manusia, bisa terlupa dan Tuhan itu Maha Pengampun.Tidak mungkin kita bisa bernafas di bumi ini, jika Tuhan tidak memaafkan dan tidak memberi peluang.
tetapi
sampai bila maaf dan peluang mahu dibiarkan hancur dan berkecai atas sifat angkuh dan tidak bersyukurnya segelingtir golongan manusia ini?
***
aku manusia yang punya tahap kesabaran yang tidak terlalu tinggi
Nota 1: Kata-kata maaf sahaja tidak bisa mengubat luka yang dalam.

2 comments:
cinta dunia yang amat-amat?
saya cinta amat cint dunia :) tapi semoga lorong cinta itu membuka lorong ke akhirat. ameen.
perihal ragam manusia yang take life for granted..
Post a Comment