Situasi 1
Alkisah berbunyi, ada sekumpulan manusia, ingin menyebarkan jajahan pengaruh mereka. Selepas bermesyuarat kumpulan manusia ini bersetuju untuk menyebarkan pengaruh mereka dengan meletakkan nama kumpulan mereka di t-shirt kolej semasa haluansiwa. Maka maklumlah kita bahawa kumpulan ini menggunakan wang kolej untuk membuat t-shirt yang tertera "PENGGERAK MAHASISWA" dibelakang baju kolej.
Situasi 2
Tersebutlah satu ceritera di zaman moden ini, wujud sekumpulan manusia yang juga mempunyai matlamat yang sama untuk menyebarkan nama mereka ke seantero masyarakat luar kampus. Selepas mengadakan perbincangan hangat, terus kumpulan ini bersedia mengadakan roadshow luar kampus. Maka bertungkus-lumuslah ahli kumpulan ini untuk membuat persedian. Mereka menggunakan beg kertas serta cenderahati dari dari Hal Ehwal Pelajar & Alumni ( baca: lebihan beg kertas) untuk diberikan kepada penghuni-penghuni luar kampus. Selepas memerah otak tentang bagaimana caranya untuk menyebarkan pengaruh, kumpulan manusia ini mencetak nama "PRO-MAHASISWA" di atas kertas merah dan dilekatkan di atas beg kertas HEP tadi.
Kesimpulan
Maka tersebarlah nama dan pengaruh kedua-dua belah pihak.
Persoalan yang timbul
1. Apakaha perbezaan diantara kedua-dua kumpulan manusia ini?
2. Cara manakah yang dipersetujui oleh kepimpinan Islam
dan lain-lain persoalan yang timbul
p/s : Silalah memberikan komentar anda =)
p/s/s : Ini bukan tindakan yang betul, tapi ini yang termampu
p/s/s/s : Maaf sudah lama bersawang

5 comments:
setuju..
bse la tu....
apekah yang biasa..?
Sejujurnya, kedua-duanya adalah sama tetapi berbeza pada ideologinya.
Ideologi itu bukan isunya tetapi adakah ia dibawah lembayung agama yang sama?
Itulah isu utamanya.
JZKK
MAHASISWA!!!!!!!!!!!
Post a Comment