Quote of the Day:
Behavior is a mirror in which every one displays his own image.
--Johann Wolfgang Von Goethe
Bismillahirahmanirahim..

"Nurul..adik tak dapat MRSM" kata ibu pagi tadi sewaktu aku melangkah ke dapur
"Owh try la buat rayuan mana tau dapat kaa" balasku
Bagi aku setiap orang ada rezeki masing-masing. Setiap org Allah jadikan rezekinya tak sama. Mungkin adik tak dapat masuk MRSM macam kakak, tapi rezeki yang menanti adik dekat Convent lebih besar.
Bagi aku setiap perkara yang berlaku tentu ada sebabnya. Mana mungkin Allah menjadikan sesuatu perkara dengan sia-sia. Mungkin adik belum bersedia untuk hidup berdikari macam orang lain. Atau mungkin, ada silap kita di mana-mana. Di situ perlunya muhasabah, disitu perlunya koreksi diri. Meneliti balik apa yang terjadi kerna Allah itu maha mengetahui dan Dialah sebaik-baik perancang. Mungkin kita tak dapat merungkai kekusutan dan simpulan yang ada dalam masa sehari..atau mungkin seminggu atau sebulan, setahun atau mungkin selama-lamanya. Tapi yang pasti EVERYTHING happens for reason.
Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
(QSAl-Baqarah : 216)
Bagi aku bilamana Allah menguji hambanya, maka itu bukti Dia mengasihi hambanya. Dan ujian itu bisa menjadikan kita lebih tabah untuk menghadapi dunia yang penuh simpang siur ini. Dan ujian ini membuat kita lebih mendekati Allah kerna memang fitrah manusia itu apabila ditimpa musibah, ia akan mencari sesuatu untuk dijadikan pautan.
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? (QS Al ‘Ankabuut:2)
Bagi aku kita sebagai hamba perlu 'make use' apa yang Allah rancang untuk kita sebaik mungkin. Ambil sesuatu yang berlaku dengan positif dan adaptasikan ia menjadi sesuatu yang lebih baik. Lihatlah sesuatu dari kaca mata yang berbeza. Orang berjaya adalah orang yang mampu menjadikan musibah yang menimpa sebagai peluang untuk dia memperolehi sesuatu yang lebih baik.
Bagi aku biarlah mengadu pada Allah apa yang terjadi kerna Allah itu Maha mendengar. Dia tak pernah bosan mendengar rintihan hambanya. Barangkali Allah menjadikan sesuatu perkara kerna kita sering lupa. Barangkali Allah rindukan untuk mendengar rintihan hambanya.
Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal(QS At-Taubah :129)
----------------------------------------------------------------------------------------
ya Allah, semoga Kau menganugerahi kekuatan yang lebih, buat ku hari ini, esok hari dan hari-hari seterusnya. saat ini, tak ada yang aku perlu, selain dari Rahmat Mu, sebagai pelindung untuk aku menghadapi derasnya dan kejamnya dunia ini. dan semoga barakah MU, bisa melembutkan semula hati ku yang makin keras, mencairkan semula air mata yang makin kering, dan menyucikan lagi hati yang makin hitam..
ya Allah, tetapkan hati ku, buangkan keraguan yang bersarang, kurniakan aku keyakinan untuk aku menepis ajakan dan rayuan2 manis dunia dan se-isinya, pelihara aku dari pujukan yang melalaikan..
ya Allah, ampunkan aku kerana sekali lagi, aku terleka dengan asyiknya kurniaan nikmat mu yg sementara, lantas aku lupa akan arah tuju ku.. anugerahi aku dgn kecerahan mata hati, biar langkah ku tidak lagi bengkok.. agar aku tidak lagi tercicir dari destinasiku.. permudahkanlah urusan ku dalam mencari kebahagiaan yang ku idamkan...
ya Allah, cabut dan lempar jauh kesedihan yang ku rasa saat ini, kerana tanpa Rahmat Mu, aku tidak berdaya untuk mengharungi hatta satu malam. ya ALlah, bantu aku menambah iman dan taqwa pada Mu, tiadalah upaya jika aku dibiarkan sendirian untuk mengharungi malam-malam selepas ini..
ya Allah, aku percaya akan perancangan Mu untuk ku, maka dengan itu, aku minta petunjuk dan hidayah Mu, agar aku diberikan ketenangan jiwa dan bebas dari belenggu ini.. tetapkan hati ku sujud pada Mu, dan hindarkan aku dari kesakitan yang melalaikan aku dari sisi Mu.
ya Allah, saat mata ku pejam, hindarkan ingatan ku darinya, aku yang lemah tak punya kekuatan untuk mengharungi detik ini sendirian.. hilangkanlah kerinduan ini.. tepiskanlah kerisauan di hati .. jadikan aku hambamu yang tahu bersyukur pada apa yang telah dikurniakan..kaki ini telah jauh melangkah ya allah .. jiwa ini kembali mencari mu ya allah .. berkatilah segala usaha ku.. hanya kepada mu, ku letakkan harapan setelah apa yang terjadi..
padamu ku mohon kehebatan kuasa Mu, sekiranya ini bukanlah yang terbaik untuk ku dan untuk nya, pisahkan aku dari ingatan-ingatan ini, agar khusyuk hatiku mengingat pada Mu ya Allah.... ameen ya rabb....
Kadangkala Allah menyembunyikan matahari..
maka didatangkan petir dan kilat..
ada yang menangis dan tertanya-tanya,
kemanakah hilangnya sinar..
Rupa-rupanya.. Allah nak menghadiahkan indahnya pelangi.."

0 comments:
Post a Comment