Pages

Sunday, February 10, 2008

Kenapa jadi macam Nie..?


Bismillahirahmanirahim..

Alhamdulillah back to UM (alahai rindunya rumah). Masa terasa pantas berlalu meninggalkan cita, seminggu cuti dirasakan begitu sekejap. mungkin ini nikmat yang makin ditarik oleh Allah..hmm

Cuti kali ini mungkin lebih banyak berjalan dari duduk di rumah mengadap komputer. dan cuti kali ini membuat aku perasan. perasan dan tersedar tentang sesuatu.

Pulau Mutiara kali ini menghidangkan sesuatu. Terasa bagaikan berpijak di bumi asing. Mungkin tidak melampau jika aku kata bagaikan berada di Jakarta. Sewaktu menaiki feri tempoh hari berduyun-duyun pendatang yang berada disitu. Orang Malaysia boleh dikira dengan jari sahaja

Kenapa boleh jadi begini..?

374243418_e2a5cf969d

Mungkin Malaysia menjadi tempat untuk mereka membanting tulang mencari rezeki. tapi persoalanya kini kenapa terlalu ramai? Bagi aku situasi ini bukan pertama kali aku alami. Seingat aku, pertama kali aku kecewa, kecewa dengan merasa bagaikan pendatang asing di negara sendiri tatkala aku melibatkan diri dengan ekspidisi cegah maksiat perkida sewaktu di ambang kemerdekaan.

Semasa ekspidisi tersebut aku mengikut kumpulan yang pergi ke dataran merdeka. dan di sana, aku cukup hampa. Hampa dengan ramainya org-org asing 'bergelimpangan' tidur di tepi-tepi jalan selepas sambutan kemerdekaan. dan tatkala itu terasa seperti Sambutan 50 tahun Indonesia mungkin. Bau hancing menusuk hidung dan polis, membiarkan saja.

Aku cukup kecewa dengan sikap pihak yang berwajib menangani masalah ini. Sudah terlalu banyak tempat kosongkah sehinggakan negara kita menjadi tempat untuk rakyat negara lain mgadu nasib? mengapa imigresen terlalu mudah membiarkan mereka berkeliaran disana sini?

Dan paling membuat aku kecewa tatkala pergi sebuah rumah org cina, aunty itu menceritakan tentang rakyat-rakyat dari Vietnam yang dibawa masuk ke Malaysia beberapa tahun lalu untuk membantu membuat pengudian. Mereka diberikan IC, seperti rakyat Malaysia. Dan kini mereka berada di Pulau Langkawi, dibiarkan. Dan satu persatuan buddha telah pergi ke sana untuk membantu mereka.Katanya, sehingga ada dikalangan mereka yang sanggup mencuri. Mungkin ini sebabnya kadar jenayah Malaysia tak pernah berkurang. sudahlah beban rakyat sendiri tak tertanggung, nak menanggung rakyat org lain pula.

Sejauh mana kebenaran cerita ini tak dapat aku kenal pasti. Tapi apa yang pasti jika ini benar-benar berlaku, aku cukup kecewa dengan sikap pihak yang sanggup membuat onar di negara sendiri demi keuntungan. Ini boleh dianalogikan sebagai menganak tirikan rakyat sendiri..Alahai..

0 comments: