Pages

Sunday, January 31, 2010

Perbincangan bersama Naib Canselor

Assalamualaikum,


Pertemuan bersama dengan Naib Canselor, pihak PTM dan TNC HEPA bersama dengan mahasiswa yang diwakili oleh, Ridzuan, Ayuni, Hafiz Ilyas, Fadzil, Syahida, Shafie Hashim, Shazni Munir, Izuddin, Syazwan, KFC, Tim, Ben dan saya.

Diakhir perbincangan, kamu semua bersetuju bahawa, permasalahan yang ditimbul dalam PRK kali ini bukanlah disebabkan oleh sistem e-voting, tetapi disebabkan oleh cara perlaksanaan pemilihan MPMUM sesi kali ini secara keseluruhannya.

Antara masalah yang dikemukakan :


1. Tiada garis panduan yang lengkap tentang peraturan dan tatacara evoting semasa pilihanraya berlangsung. Masalah yang dimaksudkan bukanlah tentang garis panduan atas cara proses pengundian berlangsung.


Contoh : Tiada maklumat tentang hard disk yang akan dihantar ke DTC selepas proses pengundian tamat.


2. Kolej kediaman ketujuh, mahasiswa kurang upaya, dibantu oleh 2 orang pegawai HEP yang bertugas. Semasa pemantauan yang dilakukan oleh Ayuni, Bee san dan saya, tempat pengundian mahasiswa kurang upaya di jaga oleh seorang staff kolej dan seorang dari PTM yang memantau.


Keraguan dan sistem melanggar peraturan : Kerahsiaan pengundi tidak di jaga.


3. Operasi di Kolej Kediaman ke-12, oleh Tim, Kak Ayuni dan saya, kami berjaya mengumpul cai. 1 cai dari Pro Mahasiswa berwarna pink, dan cai penggerak mahasiswa disetiap meja komputer. Pihak yang menjaga tempat mengundi diminta untuk memeriksa kawasan tersebut secara konsisten


4. Fakulti ekonomi, laporan dari Syazwan. Mahasiswa dibenarkan membawa beg masuk ke dalam tempat mengundi. Seorang pelajar telah berjaya di tangkap dihadapan ketua tempat mengundi. (tak ingt kena tangkap sebab ape)


5. diragui kesahihan :D


6.Tarikh pilihanraya yang diadakan semasa pelajar tahun 1 medical faculty bercuti.


Keterangan dari HEP: Tarikh telah ditetapkan semasa perjumpaan Jawatan Kuasa Induk. Wakil Fakulti Perubatan tidak memaklumkan perkara ini kepada Jawatan kuasa induk. Susulan dari itu,Dekan Fakulti Perubatan telah berjumpa dengan pelajar tahun 1 untuk memaklumkan perkara ini. Mereka diberi dua pilihan :


1. Menukar tarikh cuti
2. Meneruskan cuti dan datang pada hari pengundian.


Pilihan mereka : 2


Persoalan yang timbul : Kenapa tarikh pilihan raya tidak ditukar, sedangkan notis belum dikeluarkan?


Jawapan HEP : Banyak perkara yang perlu diselesaikan, bukan sahaja melibatkan pertukaran tarikh.Understood. Bukan senang nak laksanakan satu pemilihan.


Maklumat terkini, tarikh pilihan raya ditetapkan semasa meeting di TNC-TNC KPT. Menurut akta atau peraturan, tarikh pilihanraya tak perlu sama antara semua Universiti. Jadi secara logiknya, tarikh ini sebenarnya boleh ditukar dan tidak perlu tarikh PRK yang sama dengan Universiti lain.


Keraguan : Siapa yang tetapkan tarikh sebenarnya.. Mengikut akta Jawatan Kuasa Induk Pemilihan. Kenapa perlu keselarasan antara TNC-TNC di seluruh Malaysia *ini tambahan dari saya sendiri, tak dimasukkan dalam meeting NC*


7. Pelajar di Klang mengundi di Kampus UTAMA

Pelajar yang turun mengundi : +/- 80
Keseluruhan pelajar : +- 200

Jawapan TNC : Sistem E-voting - intranet, dan kerisauan keselamatan hard disk yang dibawa dari Klang ke Kampus UTAMA. ok Logik.

9. Calon-calon, pencadang dan pengokong Penggerak Mahasiswa dikuarantin di Hotel Quality. Terdapat pegawai HEPA yang berada di situ. Melalui pemerhatian dari luar pintu masuk Hotel Quality, kebanyakkan yang terlibat adalah dari Kolej Kediaman ke-sebelas.hmm..

Maklumat terbaru : Prog tersebut tidak dapat di kaitkan dengan universiti malaya, bilik2 tersebut ditempah dibawah kerajaan Negeri Selangor


*konfius sekejap* I thot penggerak mahasiswa pro establishment..hm


Anda yang terlibat, bantu kami untuk pilihanraya kampus yang lebih adil dan telus! Anda mampu mengubah.

 
10. Penggunaan Van HEPA ke Muar, oleh calon-calon penggerak Mahasiswa berbangsa Cina.


Tiada maklumat lanjut, anda mampu mengubah situasi.


11. Calon-calon Pro Mahasiswa disekat untuk masuk berkempen (happen last year and this year)


This Year: Permohonan waktu yang sama, Pro M di katakan lambat, Penggerak Boleh berkempen

Kolej kediaman ke 4:
Pro M dan Penggerak Mahasiswa dijemput untuk berkempen
Pukul 9: Pro M hadir, Pengetua Kolej Turun, Pelajar Sedikit
Calon Pro Mahasiswa pulang, Penggerak Hadir, Pengumuman dibuat supaya pelajar turun.

" Jenayah terancang mampu untuk mengalahkan kebaikan yang tidak terancang"

Pandangan peribadi: Perlawanan antara mahasiswa, admin tak terlibat, so tak apa lah :D Menarik je PRK.hehe

12. Notis dikeluarkan dalam tempoh yang terlalu singkat: MPMUM kosong 08/09 tahu tentang tarikh pilihanraya seminggu lebih awal sebelum notis dikeluarkan. Kedua-dua pihak mendapat maklumat lebih awal dari pengetua masing-masing dan MPMUM.

Tapi persoalannya, notis yang dikeluarkan selepas tarikh pembubaran MPMUM 08/09, 21 Jan borang dijual, Hari Jumaat mahasiswa perlu mendapatkan tanda tangan Dekan-dekan Fakulti, Isnin penamaan calon.

Kita jelas, meraka yang bertanding di bawah tiket Pro Mahasiswa dan Penggerak Mahasiswa mampu untuk mengetahui maklumat ini lebih awal, tapi bagaimana dengan mahasiwa yang mahu bertanding secara bebas, atau ingin bertanding, tetapi tidak mendapat maklumat. Sedangkan dalam AUKU dan Peraturan Universiti, mahasiswa tidak boleh bertanding secara berkumpulan..hmmm

13. Laporan berserta dengan gambar menunjukkkan ada pelajar dari kolej kediaman kedua belas menyalin num kad pengenalan dan matrik number pelajar yang belum turun mengundi 30 minit sebelum tamat waktu pengundian.

Premis Peribadi yang dikemukakan semasa mesyuarat TIDAK PASTI berlaku atau tidak

Assuming that, orang yang jaga tempat mengundi, berkomplot dengan pelajar yang menyalin nombor kad pengenalan dan matrik pelajar yang belum mengundi.

Pelajar yang sudah mengundi, boleh datang mengundi sekali lagi dengan menggunakan no kad pengenalan pelajar yang belum mengundi di sebabkan kad matrik tidak perlu di scan semasa penjanaan pin num. Di sini pengundi hantu hadir.

Sistem E-voting ini, baik. namun mungkin untuk kali pertama terdapat kekurangan dan boleh diperbaiki untuk masa akan datang antara cadangan :

 
1. Kertas tentang pengundian akan di print out setiapkan pengundian berlangsung. Kertas akan dimasukkan ke dalam peti seperti penggundian secara manual. Sekiranya terdapat bantahan, undi boleh dikira semula.


2. Kad matrik perlu di scan setiap kali sebelum pengundian berlangsung, untuk mengelakkan pengundi hantu


3. Tempat pengundian ditukar kepada FAKULTI.


INGAT, sistem ini perlu pembaikan, begitu juga dengan sistem manual. Andai orang yang melaksanakan sistem ini corrupt, maka tak kira sistem e-voting, atau manual yang anda pakai, ketidakadilan tetap akan berlaku.


14. BTN MPP seluruh Malaysia. Pro Mahasiswa di buruk-burukkan. Double standard!

 
15. MPMUM Pro-M mahasiswa di buang dari kolej kediaman
Penjelasan TNC HEPA : bukan dibuang tetapi tidak diterima untuk tinggal di kolej kediaman untuk sesi seterusnya.


Terima Kasih TNC HEP, usaha anda membantu untuk menempatkan kami di kolej-kolej lain amat dihargai.


Namun, kami menerima serat kedua oleh Ketua Pengetua Kolej kediaman, yang menyatakan dengan terpaksa memberi peluang kepada kami untuk tinggal di kolej-kolej lain, kami telah merampas tempat pelajar lain. Saya tidak pasti Ketua Pengetua tersebut menaip surat tersebut sendiri atas hanya menandatangan. Saya hormat beliau. saya harap ayat tidak profesional itu bukan dari beliau
Atas faktor ini dan beberapa faktor lain, kami ( bukan semua) bersetuju untuk menolak tawaran tinggal di kolej.


Terima kasih atas mereka yang terlibat melakukan kejahatan terancang ini, anda telah berjaya membantu melambatkan kerja-kerja kami untuk membantu mahasiswa kerana sibuk menyelesaikan masalah peribadi.


16. Layanan terhadap MPMUM 08/09. Tak perlu nak diceritakkan pada semua. terlalu panjang.


Banyak lagi perkara yang dibincangkan, terlalu panjang untuk dimuatkan


***


Ada juga pengetua yang melaung-laung *we win, we win*..hmm double standard~maklumat dari admin, tidak dimaklumkan semasa perjumpaan dengan NC


Tetapi, anda perlu hadam, tak semua HEPA itu kejam dan jahat, hanya individu tertentu yang perlu dinyahkan untuk membaiki sistem ini. Kadang-kadang individu tersebut, bukan orang yang berjawatan besar.


TNC HEPA play safe dalam situasi tertentu. Saya tak pasti tentang kata-kata yang dilemparkan terhadap beliau. Saya kenal beliau sebagai orang yang baik, berhemah, tetapi PLAY SAFE..


Kita sama-sama bersetuju, perbezaan ideologi tidak mengapa, cuba untuk celebrate the differences between each other..hmm..tapi percampuran pihak tertentu dalam politik mahasiswa adalah dilarang sama sekali.


Bagi yang menang, jalankan tanggungjawab anda sebaik mungkin. Komitmen anda akan membantu meringankan bebanan yang lain DAN pertembungan politik semasa pilihanraya, tolak ketepi, anda punya misi dan visi yang lebih penting untuk di capai, dalam masa setahun. Bekerja dengan orang yang berlainan ideologi, dari situ anda dapat menilai yang mana kaca, yang mana permata.


Disebabkan terlalu byk pnyelewengn yg brlaku mlibatkn TNC HEPA,Prof. Madya Dato' Dr.Azarae Idris smada sebelum,semasa&selepas PRK berlangsung,Dato' NC,Prof.Dato'Dr.Ghauth Jasmon&pimpinan mahasiswa tlh brsetuju atas 2 perkara: 1) Menyiasat TNC HEPA & kakitanganny yg trlibat dlm penyelewengn trsebut 2) Mnangguhkan... segala keputusan berkaitan PRK sehingga diadakan pemilihan semula secara adil, telus & bebas.Sekian [ ayat ini exaggerate :P, PRK hanya akan diadakan semula ANDAI bukti dapat dikemukankan]

Undi semula? selepas apa yang dibentangkan, di atas, anda tentukan releven atau tidak.


Kita seharusnya membantah cara perlaksanaan sistem, bukan sistem E-voting itu.


***


To my Pro-M


Anda emotional. Ingat Politik kita buat politik emosi. Politik kita politik rasional. Berdiri atas paksi yang benar, penuh dengan hujah-hujah yang jelas dan matang, bukan dengan cara merosakkan komputer..Sila gunakan terma yang betul semasa mengeluarkan kenyataan, terma dan maklumat yang tidak tepat telah mengguris hati ramai pihak :P


To Penggerak Mahasiswa.


Anda tau korupsi berlaku di dalam sistem anda, BETULKAN!


ps: saya mohon maaf atas kekasaran bahasa. Maklumat yang salah. Sila betulkan.
pps: please share this link. thanks
ppps: tak baca semula, sorry ayat macam kartun

1 comments:

masturah said...

Ukht, 'memecahkan komputer' itu jangan dihukum emosi.

Perlu difahami tindakan itu adalah cara memahamkan semua pihak tentang bantahan kita terhadap sistem e-voting. Itu secara gimiknya.

Sekarang ini, ada pihak yang ingin melepaskan diri daripada 'jaminan & janji' yang dituturkan jika sistem itu bermasalah.

Lalu, pihak lain yang juga 'bersalah' menjadi mangsa.

Lalu, sebenarnya siapa yang salah?

Jawapan : Kedua-duanya parasit.