Syukur. Hanya kata ini yang terucap. Alhamdulillah, satu manifesto telah berjaya aku langsaikan. Mungkin bukan impak yang besar buat sesetengah pihak, namun syukur masih ada yang menghargai.
Kerjaku mudah kali ini, berbincang dan mengusulkan kepada pihak pentadbiran perpustakaan untuk memanjangkan waktu operasi perpustakaan semasa minggu peperiksaan. Perbincangan yang singkat dengan Ketua Perpustakaan serta Timbalan-timbalannya begitu menarik perhatian. Kagum. Sungguh, itu yang terucap dihati. Keazaman, semangat yang ditunjukkan dalam membantu pelajar sangat mengujakan [ade ke perkataan ni..?]
Alhamdulillah Allah bantu lagi. Pemanjangan waktu operasi yang diminta untuk Perpustakaan Utama di tambah pula dengan pemanjangan waktu operasi di Perpustakaan Fakulti Undang-undang. Tapi malangnya waktu operasi untuk Hari Sabtu dan Ahad masih seperti biasa. Tak perlu aku terangkan dengan lebih lanjut..semuanya ada di dalam notis di bawah
dan ini versi bahasa inggeris
p/s : Pn Tana yang ajar buat dua2 notis ni..ngee [banyak kali naik HEP dek notis ini~but the outcome was great]

3 comments:
Tahniah awak=) nanti kena beLi gak pLak JANGAN BISING~~!
Thanxs;) 1000 step begin with a first step..heheh..doakan..by the way..tak phm langsung ape saudari cakap :P nnt kena beli gak plak..?JANGAN BISING..? wait..da pham..hahah [ktaorang selalu bising kat library]
dan juga " JANGAN TIDO"~~!
Post a Comment