Pages

Saturday, July 19, 2008

Moon light Fun Walk

Moon Light Fun Walk merupakan salah satu gagasan idea Prof Madya Dr Sahar bin Yahya yang berjaya dilaksanakan pada tahun 1987, sewaktu beliau memegang jawatan sebagai setiausaha kolej kediaman ke 7. Dan idea ini kembali dilontarkan kembali apabila beliau kini menyadang jawatan sebagai Pengetua Kolej Kediaman Ke-12

Apa sebenarnya Moon Light Fun Walk..?

Pada asalnya program anjuran JKP Balai Islam Kolej Kediaman Ke-12 ini diberi nama Moon Light Fun Run, tetapi akhirnya ditukar menjadi Fun Walk kerana waktu malam menyulitkan penghuni-penghuni kolej untuk berlari mengelilingi Uni Perdana.

Perjalanan malam bermula dari KK12, terus melalui Fakulti Undang-Undang, diikuti Padang Varsiti, DTC dan kemudiannya kembali semula ke KK-12. Program ini akan menjadi program bulanan kolej kediaman ke-12

Apa yang menarik..?

Alhamdulillah semalam program ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Walaupun tidak terlibat secara langsung dalam menguruskan program ini, tempias kegembiraan keberjayaan program ini turut aku rasai

Berjalan di waktu malam begini, bagi aku mengimbau kembali kenangan di PASUM dan sewaktu MHS tahun pertama.Namun apa yang menarik untuk dikongsi, walaupun program ini anjuran JKP Balai Islam, program ini telah berjaya menggamit penghuni-penghuni beragama lain untuk turut menyertainya.

Dan yang paling menarik, program ini bukan hanya disertai oleh mahasiswa, tetapi barisan pentadbiran kolej turut terlibat. Ayahanda pengetua juga tidak melepaskan peluang untuk membawa keluarga beliau untuk turut menyertai Moon Light Fun Run.

Program ini secara keseluruhannya telah berjaya mengeratkan hubungan antara penghuni-penghuni kolej serta berjaya melahirkan mahasiswa yang sihat dan cerdas:) Tahniah sekali lagi kepada JKP Balai Islam KK12

"Ke arah melahirkan generasi kolej yang versatile"

0 comments: