Pages

Tuesday, June 10, 2008

Petanda apakah..?

Situasi 1

Fitto: Uncle macam mana bawa teksi sekarang..harga minyak sudah naik..?"

Uncle : Minyak naik I pun kasik naik la sama you..

 Habisla aku berapa nak kena cekik pula.

Uncle : Kerajaan ini you tau bagi susah sama rakyat

Fitto : Mau tukar la uncle macam tue

Uncle : You tau apa..saya kata.solang saja boleh jadi perdana menteri ni.lu tau sapa..? LIM KIT SIANG. dia lu tau..buat apa yang dia kata.bantu sama rakyat

Fitto : Uncle saya tak mau laa dia jadi PM.saya nak anak dia jadi..heheh. Uncle itu anwar boleh jadi ka..?

Uncle : Saya ingat itu boleh la..

Fitto : Uncle, Nik Aziz..?

Uncle : Itu saya lasa tak boleh. Lu orang perempuan susah la kalau dia jadi.. kena tutup itu muka suma.kita olang lelaki talak susah la..bikin senang lagi

erk..ape uncle ni..

Fitto : mana ade uncle..bukan ma..isteri dia talak tutup itu muka suma..Islam bukan macam tue

Uncle:Itu dia buat suma Islam punya hukum.saya lasa itu hukum banyak susah skit.ketat..

Alamak da smpai laa pulak.cpat sgt.

Fitto: Uncle Islam bukan macam tue..talak susah..saya senang saya..

                                                   ~END~

 

Situasi 2

Fitto : Uncle minyak sudah naik..macam mana..?

Uncle : Lu tanya saya kaa orang lain.

Fitto : Uncle laa..uncle kan bawa teksi..

Uncle : Ooo..saya talak effect..saya pakai gas.

owh..uncle ni..tak guna minyak rupa-rupanya.

Fitto : Oo NGV..mahal nak pasang.

Uncle : Rakyat banyak ssh.kerajaan tak boleh buat macam ni..ramai orang miskin.

Fitto : Ya laa uncle.goverment bg susah rakyat

Uncle : But you know what.the most important thing is to STOP the corruption. If the corruption stop everything will be ok

Fitto : Yup.. many of them involve in corruption. Used for their own good. uncle masuk kanan.[da nak smpi..uncle ni macam best je nak ckap lagi :( ]

Uncle : Then you have to CHANGE it. For your own generation

Fitto : ok uncle..tQ!

                                                 ~END~

Kiranya sempat aku membuat survey dengan dua orang uncle teksi.Almaklum la sekarang dah jarang ada peluang untuk menaiki teksi bila dah bawa moto.

Keadaan Malaysia sekarang semakin kelakar.setiap minggu ada sahaja isu baru.belum selesai satu kes.timbul pula satu kes. Selepas Ezam masuk ke UMNO dan kiranya cerita itu belum reda timbul pula harga minyak yang naik secara mendadak. Fenomena ini betul macam cerita kartun.

Kenaikkan harga minyak kali ini benar-benar menimbulkan pelbagai spekulasi. Ada oran kata

  • Malaysiakan negara pengeluar minyak..minyak Malaysia bernilai pula.Kenaikan harga minyak sepatutnya menguntungkan Malaysia.
  • Kitakan negara pengeluar minyak..tapi kenapa pula kita punya harga seliter minyak lebih mahal dari harga minyak negara lain..dah tue same pula dengan harga minyak negara  yang tak keluarkan minyak
  • Kalau nak kurangkan perbelanjaan negara..kenapa tak potong je gaji-gaji PM.. menteri..Agong.
  • Malaysia sibuk-sibuk jual minyak dekat negara lain..kenapa tak guna je minyak kita sendiri.

Minyak Malaysia sememangnya sudah terkenal dengan mutu yang tinggi. Namun teknologi negara kita masih belum tinggi untuk membolehkan negara kita menggunakan minyak dari perut bumi Malaysia.

Hakikatnya, keadaan ini sepatutnya menguntungkan Malaysia. Namun kita terlupa dengan perjanjian 8 tahun yang Tun gadaikan semasa menjadi perdana menteri semata-mata untuk menara pencakar langit yang entah apa untungnya kepada Malaysia.

Harga minyak negara kita yang hampir sama dengan harga minyak Singapura pula amat membebankan rakyat. Jika yang tinggal di Malaysia tarafnya sama seperti di Singapura.. harga sebegitu mungkin boleh dipertimbangkan. Namun..perit untuk isi rumah Malaysia yang secara amnya RM 800 ringgit jika nak dibandingkan dengan isi rumah di Singapura RM 1800 memang patut di kaji semula.Tambahan pula pendapatan isi rumah itu di pukul rata dengan harga rakyat yang mempunyai pendapatan bulanan hampir RM50 000 keatas

Keputusan mengejut kerajaan yang menaikkan harga minyak sebanyak RM 0.78 sen memang menambahkan bebanan rakyat. Sepatutnya kerajaan mengambil langkah bijak sebelum mengurangkan harga minyak ini dengan pemberitahuan kepada rakyat dengan kadar yang lebih awal. bukan dalam masa 24 jam hendak di naikkan baru diberitahu.

Penjimatan perbelanjaan kerajaan pula tidak harus di kecilkan skop dengan pengurangan  harga minyak, tetapi seharusnya dengan pengurangan projek-projek mega yang mempunyai banyak pembaziran. jika di telusuri, memang terdapat pengurangan perbelanjaan dengan pengurangan harga minyak.tetapi kerajaan harus membanyar wang rebat pula kepada rakyat . Analogi yang mudah -ve + (+ve) = neutral/ low -ve. Hasilnya sedikit sahaja wang yang berjaya dikurangkan.Pada hemat saya lebih baik jika wang rebat diberikan kepada rakyat mengikut jumlah pendapatan. Jika diberi mengikut jenis kenderaan bukankah ini lebih menguntungkan kelompok kelas atasan sahaja..?

Namun terdapat beberapa usaha kerajaan yang boleh dipuji untuk menangani masalah ini

  • membekukan cuti berbayar bagi menteri dan timbalan menteri dan mengehadkannya kepada dalam negeri dan rantau Asean sahaja serta tidak melebihi seminggu.
  • mengurangkan perbelanjaan awam meliputi mengehadkan perjalanan menteri, timbalan menteri dan pegawai awam ke luar negara.
  • melarang mengubahsuai pejabat serta menangguhkan sebarang pembelian aset termasuk penganjuran majlis dan upacara keraian.
  • membekukan jawatan baru kecuali bagi jawatan kritikal dalam bidang pendidikan, kesihatan dan penguatkuasaan serta jawatan yang menambah kutipan hasil negara
  • Pengurangan 10% elaun PM dan menteri

tapi bagi aku 10% masih terlalu sedikit..jika hendak dibandingkan dengan gaji mereka yang tersangatla banyak...

Aku cuba melihat kenaikan harga minyak dari  view yang lain..almaklum la sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahya. MUNGKINKAH

Kurangnya kesesakan jalan raya....?

Global warming and air pollution will be decreasing in Malaysia..?

Malaysian will awake to answer the call towards CHANGING

0 comments: