Pages

Sunday, June 15, 2008

jom berbasikal

Salam alayk..

Adakah anda selalu membaca perdana mail..?

Jika ya, saya kira bagus kerna anda selalu updated dengan isu kampus..

Tapi jika tidak..anda mungkin terlepas pengumuman penting yang saya kira menarik untuk di kongsi bersama. [mcm aku yang tak suke baca perdana mail]

Pengumuman ini dihantar oleh ayanda TNC,berbunyi

"Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kepada anakanda Putera dan Puteri, semoga anakanda Putera dan Puteri berada dalam keadaan sihat sepanjang cuti semester ini.
Untuk makluman kepada Putera dan Puteri sekalian, pihak Pentadbiran Universiti Malaya telah berbincang dalam Mesyuarat Pengurusan dan telah menetapkan mulai semester akan datang (Julai 2008) para pelajar tahun 1 tidak dibenarkan untuk membawa kenderaan sama ada kereta ataupun motosikal di kawasan kampus. Manakala bagi pelajar tahun 2 hanya dibenarkan untuk membawa motosikal sahaja (tidak dibenarkan untuk membawa kereta) di kawasan kampus. Bagi pelajar tahun 3 (tahu ini) masih dibenarkan membawa motosikal atau kereta sendiri di kawasan kampus.

Mulai sesi 2009/2010 nanti, pelajar tahun 1 dan 2 tidak dibenarkan
membawa sebarang jenis kenderaan (motosikal dan kereta), manakala pelajar tahun 3 pula hanya dibenarkan membawa motosikal sahaja.Larangan membawa kenderaan oleh pelajar ini dibuat secara berperingkat supaya anakanda dapat menyesuaikan diri kepada keadaan baru.

Pihak Pengurusan Universiti Malaya menetapkan perkara ini adalah bertujuan untuk mengurangkan jumlah kenderaan di Universiti Malaya yang kian meningkat. Ini juga dapat mengurangkan kes kemalangan jalan raya di kawasan kampus. Yang lebih mulia ialah Mahasiswa UM akan bersama - sama dengan masyarakat dunia dalam mengatasi dan mengurangkan masalah pemanasan global melalui pengurangan pembakaran
bahan api dari kenderaan. Ini sealiran dengan kehendak Protokol Kyoto dalam menangani isu tersebut.

Lagipun dalam suasana kenaikan harga bahan api yang meningkat secara mendadak ini, kita seharusnya menukar gaya hidup dengan mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian dan bertindak dengan menggunakanpengangkutan awam. Oleh itu, Pihak  Pengurusan UM akan menyediakan perkhidmatan bas 'shuttle' secara percuma yang akan bergerak diseluruh kawasan kampus."

Terkejut?!!

Bagi aku pendekatan ini bagus..tapi perlu adanya pemurnian sistem di pihak pengurusan.

Antaranya jika sistem ini diguna pakai, seharusnya  semua pelajar-pelajar ditempatkan di kolej-kolej kediaman atau disediakan kolej di luar kampus.

Sistem shuttle bus pula perlu berjalan dengan efiesiennya dan diperbanyakkan. Almaklumlah tinggal sesemester di kolej yang agak jauh difakulti aku dapat merasai bahang ketidakefisienan shuttle bas di UM. Waktu beroperasi jarang ditepati. Adakalanya aku terpaksa berjalan ke fakulti. Oleh itu, perlu pemurnian dari aspek ini sebelum sistem ini dijalankan.

towardS environmental awareness [almaklum lah pergi program UNESCO] jadi aku kira menyokong hasrat pihak universiti...Jaga lah Alam..CintaI Bumi Kita

Mari KITA BerBASIkaL!! YEAh

2 comments:

Anonymous said...

owh kalo utp mepraktikan rules yang macam tu mesti jadi topik hangat. mostly students dekat sini bawak kenderaan sendiri (except aku la, menumpang sudey) walaupaun isu kekurangan tempat parking menjadi masalah besar di sini. huhu.

~*Nurul Fitrah*~ said...

di UM pasti menjadi topik hangat..cume isu n..belum semu orang tahu.bahkan aku rasa ssh nak laksanakan..sbb student mesti bawa juga keta..