Pages

Tuesday, May 27, 2008

LELAKI..

Salam alayk..sudah lama rasanya laman ini dibiar gersang dari kata-kata semangat.Aku baru sahaja menamatkan bacaan "Syabab Musafir Kasih" karangan penulis muda Fatimah Syarhaa. Dalam menyelak setiap lembaran mukasurat penuh dengan pengisian bermakna.Aku ingin berkongsi salah satu sajak titipan beliau yang dimuatkan dalam novel ini..cukup bermaknya bagiku..

image

Dulu,

Bila disebut lelaki,

Wanitanya mendongak megah,

Lelaki kami Asadullah, Saifullah,

Takoh ramai tak terkira,

Kini,

Bila disebut lelaki,

Wanitanya menunduk lemah,

Tokoh kami sedikit sekali,

Ramainya, boneka Yahudi.

Dulu,

Bila disebut lelaki,

Wanitanya tenang di hati,

Lelaki kami menjaga, melindungi,

Kini,

Bila disebut lelaki,

Wanitanya mahu cabut lari,

Lelaki kianat, perogol bersiri.

Dulu,

Bila seseorang wanita teraniaya,

Sepasukan kuda putih membela,

Al-Mu’tasim kebanggaan wanita,

Kini,

Ribuan wanita suci dipenjara,

Fatimah diperkosa minta dibela,

Lelakinya tunduk tak bertenaga.

Dulu,

Bila wanita di bawah jagaannya,

Lelaki memagari sehabis daya,

Tiada siapa berani menggoda,

Kini,

Bila wanita di bawah jagaannya,

Lelaki tidak kisah auratnya terbuka,

Wanitanya dibiar bebas, binasa.

Dulu,

Lelakinya menggadai harta dan nyawa,

Untuk mengangkat kemuliaan agama,

Kini,

Lelaki menggadai ketinggian agama,

Demi nafsu, dunia seisinya.

Dulu,

Lelaki bermatian mencipta sejarah

Kental berjihad, tekun berdakwah,

Kini,

Lelakinya hanya menyanjungi sejarah,

Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.

Dulu,

Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,

Al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,

Kini,

Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya

Hingga sanggup membunuh.

Dulu,

Lelaki bersatu menghadapi musuh,

Angkatannya kuat dan teguh,

Kini,

Lelakinya berpuak dan berpecah,

Sesame sendiri saling bertelingkah.

Kembalilah lelakiku,

Pada kelakianmu,

Kami rindukan lelaki dulu,

Acuan Madrasah Rasul.

 

Ayuh bangun syabab harapan..menggapai cita-cita, merealisasikan impian bangsa..mengagkat martabat agama. Ayuh bangun semula!

6 comments:

rojak buah said...

amboi...sajak..bukan main...bukan lelaki perlu disalahkan...pihak ibu n bapa perlu bersama dalam mendidik anak yg dilhirkan untuk menjadikan mereka betul-betul faham erti islam..

Anonymous said...

menarik sajak...ada banyak tafsiran..ana menunggu versi wanita pula.

pensilkayu said...

mmg benar apa yg sajak tersebot katakan
bukan lg kata2 tersirat ato tersurat

tp kalau di tanah arab ni,
masih dpt dilihat ayah/kaum lelaki terdekat
yang memagari anak gadis mereka mereka

kat sini
ada sorang ustaz tgh buat tesis (if im not mistaken)
ttg 10 sebab lelaki punca utama masalah sosial
menarik tak?
(ha ha)
bg aku menarik amat!

sebab selalunya kalau ada kes rogol sebagai contoh;
golongan yg disalahkan ialah si wanita
ha ha

peranan lelaki sungguh vital!
sebab tu dikurnia 9 akal!!

wallahu3lam.

Anonymous said...

n.f~ & aku-
mmg punya maksud mendalam kan..

amat menarik ok tesis ust tue..xpe la nnti hg plak buat 10 sebab wanita punca masalah sosial ( hoho walaupun tak de kene mengena dgn medic)

n.f~pie
ana tunggu enta la karang versi wanita.

n.f~zulkamal
sbnarnya..sajak ni bukan nak menyalahkan sape..tapi untuk menjadi inspirasi dan kesedaran untuk suma..lakikan imam..huhu

Anonymous said...

(tunduk seketika memikirkan realiti sajak~)

i take these words as a slap to the faces of men around the world, a hard slap to awake them (urm, us actually~) from our being selfless and ignorant of the reality of today. I call upon the men to stand together and answer the call of the ummah, to reach out and fight for the better, realizing the incredible history we once had. Maybe that day will come, insya Allah in the near future~

~*Nurul Fitrah*~ said...

salam alayk..
the glory of tomrw will never happen if we dont make our move..dear syabab of islam..wake up n answer the call of ummah..


My ummah, my ummah
He will say
Rasulullah on that day
Even though we’ve strayed from him and his way


My brothers, my sisters, in Islam
Let’s struggle, work, and pray
If we are to
Bring back the glory of his way

CHORUS:
Ya Allah ya rabbal ‘alamin
Ya rahmanu ya rahim
Ya rabbi
O Allah Lord of the Worlds
O Merciful and Beneficent
O my Lord


Let the Ummah rise again
Let us see daylight again
Once again

Let’s become whole again
Proud again
’Cause I swear with firm belief in our hearts
We can bring back the glory of our past

My ummah, my ummah
He will say
Rasulullah on that day
Even though we strayed from him and his way

Look at where we were
And look at where we are
And tell me
Is this how he’d want it to be?
Oh no! Let us bring back our glory

CHORUS