Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi
Cemerlang itu milik siapa..?
+jiwa2 yang perindu+
jiwa yang sentiasa rindu untuk melihat Islam kembali dimartabatkan. Sesekali kita mengalami keadaan patah semangat, spirit down dan adakalanya jiwa serta roh menjadi lemah membuatkan kita terus-menerus mengadap ilahi menyuarakan rasa hati dan rindu ini. Agaknya begitulah kesusahan dan kegelisahan baginda Rasul yg sentiasa memikirkan umatnya, ataupun lebih susah lagi hati baginda memikirkannya dari perasaan yg kita sedang alami ini. Namun apa yang menyebabkan kita terus melangkah tidak lain dan tidak bukan melainkan kita mula mengecap kemanisan Iman dalam perjalanan bertemu Ilahi.
+tokoh yang berjiwa perindu+
Tahun 91 H merupakn detik bersejarah yg pernah dilakarkan oleh seorang tokoh yg berjiwa perindu iaitu Tariq Ibn Ziyad. Beliau telah memimpin armada lautnya merentas lautan utk membuka sebuah negara yg akhirnya menjadi tamadun indah yg bergelar Andalusia (Sepanyol). Bumi Sepanyol telah dibuka dan dibagunkan oleh umat Islam dgn kegemilangan Ilmu yg paling cemerlang dlm sejarah peradaban dunia. Universiti Cordova menjadi bukti kegemilangan ini sebelum Anadalusia jatuh di tangan Kristian dan Yahudi. Islam pernah memimpin dunia seketika dulu. Pimpinan ini di bawa oleh generasi2 yg berjiwa perindu.
+mereka itu teladan+
Kita terlalu rindu utk melihat bangunnya generasi yg bakal membangunkan tamadun Islam yg gilang gemilang seperti dulu. Membaca sirah Rasulullah membuatkan jiwa kita hidup sperti generasi yg berada di samping baginda. Mereka yg sentiasa di bawah naungan al-Quran. Mereka menikmati keindahan ayat-ayatnya. Mereka mengamalkan petunjuknya. Mereka memahami dan menjiwai sastera dan kecantikannya. Mereka memperolehi kekuatan spritual dgnnya. Mereka itu golongan yg tidak pernah kalah jiwa dan semangatnya. Mereka itu contoh tauladan yg prl dijadikan ikutan.
tinta pendidik~ust Alzasha Illiyin
Monday, December 17, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment